MORBIDELLI merangkul kejuaraan MotoGP kali kedua musim ini. FOTO AFP
MORBIDELLI merangkul kejuaraan MotoGP kali kedua musim ini. FOTO AFP
AFP

Alcaniz: Franco Morbidelli (PETRONAS Yamaha SRT) berjaya muncul juara di Grand Prix (GP) Teruel sebentar tadi namun Joan Mir (Suzuki Ecstar) yang menduduki tempat ketika mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan ketika hanya berbaki tiga perlumbaan.

Morbidelli yang bermula dari petak kedua mendahului perlumbaan selepas Takaaki Nakagami (bermula dari petak utama) mengalami kemalangan.

PELUANG Quartararo lebih cerah untuk muncul juara dunia. FOTO AFP
PELUANG Quartararo lebih cerah untuk muncul juara dunia. FOTO AFP

Alex Rins (Suzuki Ecstar) menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Mir yang melengkapkan kedudukan podium sekarang ini menjarakkan 14 mata dengan Fabio Quartararo (PETRONAS Yamaha SRT) untuk kedudukan keseluruhan.

Dalam saingan Moto3, pelumba Leopard Racing, Jaume Masia muncul juara selepas mengetepikan dua wakil Jepun, Ayumu Sasaki (Red Bull KTM Tech 3) dan Kaito Toba (Red Bull KTM Ajo).\

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi (PETRONAS Sprinta Racing) menamatkan perlumbaan di tempat ke-27.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 9:27 PM