JASPER Philipsen meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP
JASPER Philipsen meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP
Reuters

Saint-Amand-Montrond: Pelumba Belgium, Jasper Philipsen meraih kemenangan pertamanya dalam Tour de France tahun ini selepas memenangi peringkat ke-10.

Philipsen, yang memenangi empat peringkat perlumbaan perlumbaan berprestij itu tahun lalu, mendapat bantuan daripada rakan sepasukannya dari pasukan Alpecin-Deceuninck yang juga juara dunia, Mathieu van der Poel ketika menempuh perlumbaan dengan jarak 187.3 kilometer dari Orleans.

Pelumba Eritrea, Biniam Girmay, yang sudah memenangi dua peringkat perlumbaan pada edisi kali ini, menduduki tempat kedua, manakala pelumba Jerman, Pascal Ackermann melengkapkan podium ketiga.

Pelumba Slovenia, Tadej Pogacar mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan.

Kemenangan itu memberi kelegaan kepada Philipsen di mana pencapaian terbaiknya sebelum ini adalah tempat kedua sejak permulaan perlumbaan di Florence.

"Kami datang ke Tour de France selepas mengharungi sesi latihan yang keras dan ia membuahkan hasil pada hari ini. Kini kami boleh meneruskan siri Jelajah ini dengan lebih yakin," kata Philipsen.

"Kami hanya perlu terus kekal percaya, tetapi setiap kali anda melepaskan peluang, ia akan merugikan anda dan segala peluang adalah terhad.

"Minggu lalu bukanlah minggu kami dan kami bertekad untuk memulakan minggu ini dengan kemenangan," tambah Philipsen, yang memuji Van der Poel atas usahanya gigihnya ketika menuju garisan penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 2:20 AM