VAN der Poel terduduk kepenatan selepas melintasi garisan penamat peringkat kedua TdF 2021. FOTO AFP
VAN der Poel terduduk kepenatan selepas melintasi garisan penamat peringkat kedua TdF 2021. FOTO AFP
AFP

Mûr-de-Bretagne: Mathieu Van der Poel memenangi peringkat kedua Tour de France (TdF) untuk merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan terus mengharumkan keluarganya yang terkenal dengan sukan berbasikal.

Pelumba berusia 25 tahun itu adalah cucu kepada ikon berbasikal Perancis, mendiang Raymond Poulidor yang sentiasa menaiki podium di TdF dan sentiasa disenangi oleh peminat Perancis walaupun tidak pernah memakai jersi kuning.

Pada penampilan pertamanya di TdF, Van der Poel seakan berasa lega selepas beban yang dipikul selaku legasi keluarga Poulidor menjadi ringan selepas memenangi perlumbaan berkenaan.

"Bayangkan apa yang saya rasa. 'Beliau' tiada di sini. Ia adalah peluang terakhir buat saya di perlumbaan ini, jadi saya rasa sangat puas," katanya.

Peminat di Perancis menyaksikan wira mereka, Julian Alaphilippe kehilangan jersi kuning namun mereka bersorak kepada pelumba Belanda itu di atas semangat keberanian tinggi dan disebabkan datuknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 1:11 AM