DJOKOVIC mara ke pusingan kedua. FOTO AFP
DJOKOVIC mara ke pusingan kedua. FOTO AFP
AFP

New York: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic melakarkan kemenangan tanpa mempamerkan aksi terbaiknya untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat dalam usaha menambah gelaran Grand Slam dan merangkul kejuaraan utama yang ke-21.

Pemain Serbia berusia, 34 tahun itu mendominasi perlawanan sebelum menewaskan pemain kelayakan dari Denmark berusia 18 tahun, Holger Rune 6-1, 6-7 (5/7), 6-2, 6-1 selepas beraksi dua jam 15 minit di Arthur Ashe Stadium.

"Ia bukan aksi terbaik saya," kata Djokovic. "Pada masa yang sama dia bermain dengan baik pada waktu penting di set kedua dan saya pula tidak bermain dengan baik di set kedua.

Djokovic yang mengejar sejarah, menang lapan dari 12 gelaran Grand Slam selepas ini akan berdepan pemain Belanda yang menduduki ranking ke-121 dunia, Tallon Griekspoor, mengakui bahawa dia tidak tahu banyak mengenai pemain itu.

"Saya tahu sangat dengan gelanggang ini. Saya harap ia akan membantu saya," katanya.

Djokovic akan menjadi pemain lelaki pertama melengkapkan kalendar Grand Slam tahun ini sejak Rod Laver pada 1969 jika dia memenangi gelaran di New York.

Dia juga akan turut memecahkan pencapaian sepanjang zaman dengan 20 gelaran Slam yang dikongsi bersama Roger Federer dan Rafael Nadal, kedua-duanya tidak beraksi kerana kecederaan seperti juara bertahan Dominic Thiem.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 2:13 PM