AKSI Djokovic ketika bertemu Tsitsipas. FOTO AP
AKSI Djokovic ketika bertemu Tsitsipas. FOTO AP
AFP

Paris: Novak Djokovic percaya ketiadaannya dalam tempoh panjang yang merugikan dirinya sendiri menjadikannya lebih 'bersemangat dan bermotivasi' untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.

Pemain berusia 35 tahun itu merangkul gelaran berturut-turut selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-3, 6-4 pada perlawanan akhir saingan Astana, hari ini, seminggu selepas memenangi trofi Tel Aviv.

"Saya sangat bersemangat dan bermotivasi untuk menamatkan musim ini seperti yang saya lakukan sejak beberapa minggu lalu," kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

Djokovic kini sudah memenangi empat gelaran daripada hanya 10 kejohanan musim ini selepas kemenangan di Rom dan di Wimbledon.

Kemenangannya di ibu negara Itali pada Mei lalu memberikannya gelaran Masters ke-38 manakala kemenangan Wimbledon pada Julai pula menyaksikannya meraih gelaran Grand Slam ke-21.

Dia hanya tewas kepada Rafael Nadal yang mempunyai rekod kemenangan Grand Slam terbanyak iaitu 22.

Djokovic diusir dari Melbourne dan dilarang memasuki Amerika Utara kerana keengganan untuk mengambil vaksin Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 10:53 AM