MCGREGOR tidak bertarung sejak kecederaan kekalahan TKO kedua kepada Poirier berturut-turut pada Julai 2021. FOTO Agensi
MCGREGOR tidak bertarung sejak kecederaan kekalahan TKO kedua kepada Poirier berturut-turut pada Julai 2021. FOTO Agensi
Reuters

Las Vegas: Conor McGregor akan kembali ke gelanggang menentang Michael Chandler pada 29 Jun, tiga tahun selepas dia mengalami patah kaki kiri semasa pertarungan menentang Dustin Poirier, kata presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White.

Pertarungan welterweight akan menjadi tajuk utama UFC 303 di Las Vegas, White memberitahu pemberita selepas saingan UFC 300.

McGregor (22-6) tidak bertarung sejak kecederaan itu yang juga kekalahan TKO kedua kepada Poirier berturut-turut pada Julai 2021.

Kecederaan itu memerlukan bekas juara kelas featherweight dan lightweight UFC itu menjalani pembedahan.

Bekas juara Bellator, Chandler (23-8) juga tewas kepada rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Poirier dalam pertarungan terakhirnya pada November 2022.

Pertarungan itu digembar-gembur oleh UFC selama lebih daripada setahun, dengan McGregor dan Chandler melatih pasukan lawan dalam rancangan realiti berasaskan MMA mereka 'The Ultimate Fighter' tahun lalu.

McGregor mengumumkan tarikh dan lawan yang sama untuk pertarungan seterusnya dalam video yang disiarkan di X Disember lalu, menyebutnya sebagai 'kemunculan semula paling hebat sepanjang zaman'.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 7:25 PM