McGregor (kanan) berdepan Poirier buat kali ketiga. FOTO Twitter Dana White.
McGregor (kanan) berdepan Poirier buat kali ketiga. FOTO Twitter Dana White.
Agensi

Las Vegas: Conor McGregor akan berdepan seteru UFC lightweight, Dustin Poirier buat kali ketiga selepas mendakwa pada dua hari lalu pertarungan itu telah dihentikan.

Poirier meraih kemenangan apabila mereka bertembung di UFC 257 pada Januari dan McGregor memberitahu lawannya dari Amerika Syarikat menerusi Twitter bahawa pertarungan trilogy mereka yang dijadualkan pada 10 Julai sudah tamat.

Tapi presiden UFC, Dana White berkata dalam video yang dimuat naik menerusi Twitter : "Saya sangat gembira apabila dapat kembali memberitahu Vegas akan kembali meneruskan perniagaan.

"Musim panas ini Las Vegas kembali meriah dan pada 10 Julai, UFC 264 akan berada di T-Mobile Arena dengan 100 peratus kapasiti iaitu 20,000 peminat.

"Pertarungan ini akan menjadi tumpuan selepas pertarungan ketiga antara Dustin Poirier dan Conor McGregor.

"Tiket akan dijual pada minggu ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan pertarungan ini dan jumpa anda pada Julai nanti."

McGregor mengalami kekalahan mengejut kepada Poirier dalam pertarungan di Fight Island dekat Abu Dhabi pada Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 11:36 PM