Conor McGregor diusung daripada arena selepas mengalami kecederaan kaki pada pusingan pertama pertarungan lightweight berdepan Dustin Poirier ketika UFC 264 hari ini. FOTO AFP
Conor McGregor diusung daripada arena selepas mengalami kecederaan kaki pada pusingan pertama pertarungan lightweight berdepan Dustin Poirier ketika UFC 264 hari ini. FOTO AFP
Agensi

Las Vegas: Pertarungan lightweight di UFC 264 membabitkan Conor McGregor dan Dustin Poirier menarik perhatian ramai tidak terkecuali musuh lama McGregor, Khabib Nurmagomedov.

McGregor mengalami kecederaan patah kaki kiri pada pusingan pertama pada pertarungan buat kali ketika itu sebelum ditamatkan.

Dia dibawa mendapatkan rawatan di hospital dan dijangka akan berehat panjang berikutan kecederaan dialami itu.

Pertarungan itu mendapat perhatian Khabib yang memuji Poirier di atas kemenangan itu.

Aksi sengit Poirier (kanan) dan McGregor
Aksi sengit Poirier (kanan) dan McGregor

"Kebaikan akan sentiasa mengalahkan kejahatan. Gembira untuk @DustinPoirier.

"Saya harap kamu akan memenangi gelaran pada hujung tahun ini." menurut Khabib menerusi ciapan di Twitter.

Kenyataan bekas jaguh UFC itu mendapat perhatian peminat sukan bela diri campuran (MMA) yang memberikan maklum balas menyindir kekalahan McGregor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 11:14 PM