MCGREGOR sedia kembali ke gelanggang. FOTO Agensi
MCGREGOR sedia kembali ke gelanggang. FOTO Agensi
Reuters

Dublin: Bekas juara UFC, Conor McGregor akan beraksi menentang Michael Chandler selepas kedua-duanya bertindak sebagai jurulatih dalam rancangan televisyen 'The Ultimate Fighter' (TUF).

Presiden UFC, Dana Whiter berkata, dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial, tarikh dan tempat pertarungan itu akan diumumkan kemudian.

Pertarungan antara McGregor-Chandler akan dijadikan sebagai acara rancangan berbayar di ESPN+.

TUF memasuki musim ke-31 dan akan bermula pada 30 Mei hingga 15 Ogos.

Ini adalah kali kedua McGregor menjadi jurulatih di TUF selepas kali pertama pada 2015.

McGregor, bekas juara lightweight dan featherweight mempunyai rekod 22-6 dalam kariernya.

Dia bertarung buat kali terakhir pada 10 Julai 2021 dalam aksi ulangan menentang Dustin Poirier dan menyaksikan kaki kirinya patah ketika itu.

Dia yang berusia 34 tahun hanya menang sekali dalam empat aksi terakhir apabila mengalahkan Donald Cerrone melalui knockout di pusingan pertama pada 18 Januari 2020.

Dia tumpas kepada Khabib Nurmagomedov melalui submission pada 6 Oktober 2018 dan Poirier pada 23 Januari 2021.

Chandler (23-8) memenangi tiga saingan Bellator lightweight sebelum berhijrah ke UFC pada 2021.

Dia yang berusia 36 tahun menang dua daripada lima pertarungan terakhir UFC.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 2:05 PM