Conor McGregor (kiri) menumbuk ke arah Dustin Poirier pada pertarungan UFC 264 di Las Vegas, Nevada. FOTO AFP
Conor McGregor (kiri) menumbuk ke arah Dustin Poirier pada pertarungan UFC 264 di Las Vegas, Nevada. FOTO AFP
Agensi

Las Vegas: Conor Mcgregor mendedahkan beberapa keping gambar bahawa dia mengalami kecederaan pergelangan kaki sebelum pertarungan bersejarah menentang Dustin Poirier.

McGregor patah kaki kiri minggu lalu pada perlawanan pusingan pertama ketika tewas di UFC 264 dengan The Diamond.

Sehari selepas kejadian itu, ketua jurulatih jaguh Ireland - John Kavanagh mendedahkan pergelangan kaki bintang seni bela diri campuran (MMA) mengalami kecederaan ketika latihan.

McGregor mengesakan dakwaan jurulatihnya itu dengan berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan kecederaan yang dialami di Twitter.

McGregor, 32, dibenarkan keluar daripada hospital pada Rabu lalu selepas berjaya menjalani pembedahan pada Ahad.

The Notorious kerap memuat naik perkembangan mengenai keadaannya yang beransur pulih.

Katanya: "Kaki saya bertambah baik daripada sebelumnya. Saya mengalami kecederaan sebelum pertarungan itu. Orang bertanya kepada saya, bila kaki saya patah?

"Pada bahagian mana kaki yang patah?' Tanya Dana White, tanya pada UFC, tanya Dr. Davidson, ketua doktor bagi UFC. Mereka tahu, saya mengalami kecederaan pada kaki sebelum masuk ke gelanggang.

"Terdapat perbahasan mengenai menarik ia keluar kerana saya bertarung tanpa memakai pelindung dan saya mungkin tersepak bahagian lutut beberapa kali." kata McGregor yang dijangka berehat lebih 12 bulan selepas mengalami kecederaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Julai 2021 @ 12:32 PM