VAN der Poel masih sayangkan perlumbaan cyclocross. FOTO AFP
VAN der Poel masih sayangkan perlumbaan cyclocross. FOTO AFP
Agensi

Amsterdam: Mathieu Van der Poel akan terus aktif dalam perlumbaan cyclocross dan mensasarkan kejuaraan dunia sekurang-kurangnya sehingga 2025 dengan harapan mampu menyamai atau lebih baik daripada Eric De Vlaeminck yang merangkul jersi pelangi sebanyak tujuh kali.

Bagi 2024, peluangnya untuk meraih dua emas dalam saingan lebuh raya dan basikal bukit di Sukan Olimpik Paris bergantung pada prestasinya di Tour de France.

Van der Poel sukar untuk dikalahkan dalam musim sejuk sekarang dan sedang mendominasi perlumbaan Kerstperiode, selepas menewaskan Wout van Aert dan Tom Pidcock dalam keempat-empat perlumbaan yang dilaluinya.

Dia adalah satu-satunya daripada trio berkenaan yang mengesahkan untuk menyertai Kejohanan Dunia di bandar Tabor, Republik Czech pada 4 Februari depan dan dia akan mensasarkan jersi pelangi keenam.

De Vlaeminck memenangi tujuh gelarannya antara 1966 dan 1973, manakala kemenangan ketujuh Van der Poel boleh direalisasikan pada awal 2025.

"Ia adalah salah satu sebab mengapa saya masih berlumba dalam cyclocross," kata Van der Poel kepada La Gazzetta dello Sport semasa wawancara eksklusif.

Selepas menang di Gavere Rabu lalu, Van der Poel menghadapi kempen Tahun Baru yang sengit, berentap di perlumbaan Telenet Superprestige esok dan Azencross di Loenhout pada hari Ahad.

Selepas itu dia akan menyertai Piala Dunia di Hulst, Belanda pada Isnin depan dan kemudiannya di GP Sven Nys pada hari Tahun Baru.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2023 @ 12:34 PM