PEMAIN tenis Australia pada aksi separuh akhir Piala Davis - REUTERS
PEMAIN tenis Australia pada aksi separuh akhir Piala Davis - REUTERS

Malaga:Pasukan Australia berpeluang menjulang Piala Davis apabila menempah slot final selepas mencatatkan kemenangan ke atas Finland semalam.

Tunjang utama Australia Alex de Minaur mengesahkan kemaraan pasukan selepas menundukkan Emil Ruusuvuori dstraight set 6-4, 6-3, manakala rakan sepasukannya Alexei Popyrin menewaskan Otto Virtanen 7-6 (7/5) dan 6-2 pada perlawanan perseorangan pertama.

Australia, yang kali terakhir memenangi pertandingan itu pada 2003 akan menentang Serbia diketuai Novak Djokovic atau Itali ditunjangi Jannik Sinner dengan perlawanan dijangka berlangsung esok.

"Bagi kami piala ini adalah keutamaan, kami melakukan segala yang mampu untuk mewakili Australia dengan rasa bangga dan semangat.

"Ia tidak terlalu buruk untuk mencapai satu lagi perlawanan akhir," kata de Minaur.

Terdahulu, naib juara tahun lalu itu layak ke separuh akhir Piala Davis selepas menumpaskan juara tiga kali Republik Czech 2-1.

Walaupun De Minaur dan Hewitt mengkritik format baharu Piala Davis namuntetap cemerlang untuk membawa pasukan ke final ke-49 mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2023 @ 11:02 AM