FARRELL sedia julang Ireland menjelang pertemuan dengan All Blacks. FOTO AFP
FARRELL sedia julang Ireland menjelang pertemuan dengan All Blacks. FOTO AFP
Reuters

Paris: Andy Farrell mengakui Ireland pernah mengalami masalah merendah diri pada masa lalu tetapi percaya pasukannya bersedia untuk menyahut cabaran menjadi yang terbaik di dunia.

Ahad ini, Ireland yang berada di ranking nombor satu dunia berdepan cabaran besar di ke suku akhir Piala Dunia apabila menentang juara dunia tiga kali New Zealand.

Pada Piala Dunia 2019 Ireland hadir selaku pasukan nombor satu dunia namun dibelasah All Blacks 46-14 di suku akhir untuk mengekalkan tidak pernah memenangi perlawanan kalah mati di kejohanan itu.

"Saya rasa terlalu merendah diri adalah apa yang berlaku pada masa lalu walaupun menduduki ranking nombor satu dunia dan terlampau memikirkan bahawa kita akan jatuh dari jurang, kerana ini tidak sepatutnya berlaku kepada Ireland," kata jurulatih itu kepada pemberita.

"Tetapi saya fikir apa yang kita pelajari untuk lakukan ialah memberanikan diri dalam cabaran besar dan cuba menghadapinya secara berterusan serta menerimanya. Kami tidak mahu menjadi yang kedua terbaik, kami mahu menjadi yang pertama terbaik."

Walaupun Ireland boleh menandingi rekod divisyen teratas untuk kemenangan berturut-turut sebanyak 18 kali Ahad ini, Farrell mengakui bahawa rekod buruk Ireland di peringkat kalah mati Piala Dunia mungkin akan menghantui pemainnya.

"Sudah tentu, perkara berkenaan mula menjalar tetapi kami mempunyai alat dan pengalaman untuk dapat memerangi semua itu," katanya.

"Saya rasa bahagian utamanya adalah untuk menyedari bahawa kami adalah pasukan yang hebat yang bermain bersama dan apabila kami berbuat demikian, anda tidak bersendirian supaya anda boleh lari daripada jenis pemikiran itu."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2023 @ 10:30 AM