DEMBELE sebelum ini berdepan masalah kecederaan. FOTO AP
DEMBELE sebelum ini berdepan masalah kecederaan. FOTO AP
AFP

Paris: Ousmane Dembele dari Barcelona dan penyerang RB Leipzig, Christopher Nkunku adalah antara pemain yang dipanggil semula ke dalam skuad Perancis yang disenaraikan oleh jurulatih Didier Deschamps menjelang dua perlawanan kelayakan Euro 2024 pada bulan Jun.

Masalah kecergasan menyaksikan kedua-dua pemain terlepas perlawanan kelayakan pembukaan Perancis pada bulan Mac, apabila mereka menewaskan Belanda 4-0 di tempat sendiri dan menang 1-0 di tempat lawan ke atas Republik Ireland.

Mereka kini menghadapi perlawanan menentang negara kerdil, Gibraltar di Faro, Portugal pada 16 Jun, dan pertembungan di tempat sendiri dengan Greece tiga hari kemudian, bagi kelayakan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata.

"Anda akan mengatakan saya sangat pragmatik, tetapi tiga mata yang tersedia menentang Gibraltar mempunyai nilai yang sama seperti yang kami raih ketika menentang Belanda atau Ireland," kata Deschamps kepada pemberita di Paris.

"Dia sepatutnya berada dalam skuad untuk Piala Dunia tetapi diketepikan kerana kecederaan, tetapi kini dia kembali ke prestasi terbaik," tambah Deschamps berkenaan Nkunku, yang menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan terakhir Bundesliga musim ini untuknya apabila kelab apabila mereka menduduki tempat ketiga.

Dia bersedia untuk beraksi bersama Leipzig pada perlawanan akhir Piala Jerman menentang Eintracht Frankfurt hujung minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 9:32 PM