NUR Shazrin turut layak ke Olimpik Paris secara merit.

BERNAMA

Kuantan: Kerajaan Pahang memberi insentif RM10,000 kepada atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif yang meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini dan diharapkan kejayaan Nur Shazrin yang merupakan anak jati Pekan dekat sini menjadi inspirasi kepada atlet Pahang lain.

"Saya mewakili rakyat Pahang amat berbangga dengan kejayaan yang telah diraih sekali gus mengharumkan nama Malaysia dan Pahang di peringkat antarabangsa.

"Saya juga berharap pemberian insentif ini dapat memberi galakan dan dorongan kepada Nur Shazrin untuk lebih cemerlang terutamanya di Sukan Olimpik nanti," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun rasminya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2023 @ 9:23 PM