AKSI  Haiqal  (dua kanan) dan Khairul Hafiz Jantan (tiga kanan) dalam acara 100m lelaki akhir. FOTO Fathil Asri
AKSI Haiqal (dua kanan) dan Khairul Hafiz Jantan (tiga kanan) dalam acara 100m lelaki akhir. FOTO Fathil Asri

Phnom Penh: Soraoat Dapbang meneruskan penguasaan Thailand sebagai raja pecut Asia Tenggara selepas memenangi pingat emas 100 meter (m) di Sukan Sea Kemboja sebentar tadi.

Pemenang pingat perak pada edisi lalu itu mencatat 10.34s untuk meraih emas manakala atlet Singapura Marc Brian Louis kedua dengan 10.39s. Gangsa pula milik pelari negara Muhammad Haiqal Hanafi yang mencatat 10.45s dan Khairul Hafiz Jantan menduduki tempat keempat.

Pada Sukan Sea Vietnam 2021, Dapbang menduduki tempat kedua di belakang rakan senegara Puripol Boonson dalam acara 100m.

Dalam acara 100m wanita, atlet Singapura Shanti Pereira mencatat 11.41s untuk melengkapkan kemenangan berganda acara pecut selepas dia meraih emas 200m Selasa lalu.

Pelari Thailand Supanich Poolkerd kedua dengan catatan 11.58s dan gangsa milik Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam yang mencatat 11.75s.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 6:12 PM