Phnom Penh: Atlet lari berhalangan lelaki negara, William Yoong menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara di Sukan Sea Kemboja selepas meraih gangsa dalam acara 100 meter (m).

William mencatat masa 28.8 saat (s) untuk mengetepikan wakil tuan rumah, Ol Saoheng di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Sasaran seterusnya buat William adalah memburu emas bersama Mohd Redha Rozlan, Nur Hafis Said Alwi, dan Ghalib Mohamad Azimi dalam saingan final berganti-ganti lelaki esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2023 @ 10:11 AM
WILLIAM berjaya mengetepikan atlet tuan rumah, Saoheng di penentuan tempat ketiga, keempat acara 100m. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
WILLIAM berjaya mengetepikan atlet tuan rumah, Saoheng di penentuan tempat ketiga, keempat acara 100m. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI