IZZUL Irfan menewaskan lawan dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33. FOTO FATHIL ASRI
IZZUL Irfan menewaskan lawan dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33. FOTO FATHIL ASRI


Phnom Penh: Kem silat negara terus menuai pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kali ini menerusi Muhammad Izzul Irfan Marzuki dalam kelas bawah 65 kilogram (kg), hari ini.

Pingat emas itu adalah yang ketiga buat kem silat di Pusat Konvensyen Chroy Changvar hari ini selepas diraih Norsyakirah Muksin dalam kelas bawah 45kg putri dan Nor Farah Mazlan (bawah 50kg putri).

Izzul berjaya meraih emas selepas menewaskan lawan dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2023 @ 4:52 PM