HAARI Lavreysen (tengah) bersama Azizulhasni (kiri) di pentas podiuk. FOTO EPA
HAARI Lavreysen (tengah) bersama Azizulhasni (kiri) di pentas podiuk. FOTO EPA
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya meraih tempat kedua dalam acara keirin di Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berlangsung di Jakarta Indonesia sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Jakarta, pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu tumpas kepada pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang hanya dibezakan 0.024 saat (s).

Pingat gangsa dimenangi pelumba dari Israel, Mikhail Yakovlev yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10.423s.

Sementara itu hasrat seorang pelumba lagi negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk mengikut jejak langkah Azizulhasni berada di atas podium tidak kesampaian apabila gagal menamatkan perlumbaan.

Ia selepas pelumba berusia 27 tahun berlaga dengan pelumba Australia, Sam Dakin di saat akhir perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2023 @ 10:37 PM