ARMAND Duplantis. FOTO AFP
ARMAND Duplantis. FOTO AFP
AFP

Stockholm: Pemegang rekod dunia lompat bergalah Sweden, Armand Duplantis tidak akan mempertahankan gelarannya pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Eropah bulan depan di Istanbul, kata Persatuan Olahraga Sweden.

Bintang berusia 23 tahun itu adalah antara lima atlet yang layak bertanding pada temasya itu namun memutuskan untuk tidak menyertainya, kata persatuan itu dalam satu kenyataan.

"Saya sudah tentu berharap dia akan mengambil bahagian. Pada masa yang sama saya mempunyai keyakinan 100 peratus bahawa perancangannya adalah betul.

"Saya sedar sejak Disember bahawa Kejohanan Tertutup Eropah bukanlah menjadi keutamaan untuk Armand.

"Dia memberitahu saya ketika itu bahawa fokus utamanya adalah saingan di luar dewan," kata kapten pasukan, Kajsa Bergqvist dalam kenyataan itu.

Sweden terdiri daripada 15 hingga 18 atlet akan bertanding dalam temasya itu, dengan senarai akhir akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2023 @ 10:06 AM