DUPLANTIS belum pasti beraksi di Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Eropah. FOTO AFP
DUPLANTIS belum pasti beraksi di Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Eropah. FOTO AFP
AFP

Stockholm: Pemegang rekod dunia dan juara Olimpik lompat bergalah lelaki, Armand Duplantis masih belum pasti untuk mempertahankan kejuaraannya di Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Eropah di Istanbul bulan depan.

"Saya belum membuat keputusan muktamad," kata atlet kelahiran Sweden itu.

Dia sebelum ini meraih kejuaraan berkenaan di Poland ada 2021 dan dijangka bertanding di empat kejohanan di Sweden, Jerman dan Perancis bulan ini.

"Ia bergantung kepada bagaimana keadaan saya semasa musim dalam dewan. Saya perlu melihat bagaimana keadaan badan saya dan berdasarkan persembahan saya dalam empat pertandingan pertama saya," kata atlet berusia 23 tahun itu

Tahun lalu, 'Mondo' merangkul kejuaraan dunia dalam dewan di Belgrade dan gelaran dunia di Amerika Syarikat, di mana dia memecahkan rekod miliknya sendiri dengan lompatan 6.21 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 12:56 PM