WOODS melengkapkan saingan 18 lubang. -FOTO EPA
WOODS melengkapkan saingan 18 lubang. -FOTO EPA
AFP

Los Angeles: Tiger Woods membenam satu eagle, tiga birdie untuk mencatatkan empat bawah par 67 untuk mendahului di Kejohanan Jemputan PGA AS yang pertamanya sejak Julai.

Juara 15 kali kejohanan utama itu melepasi cut selepas bergelut di green ketika pusingan kedua dengan catatan 74 pukulan.

Namun dia bangkit menghadiahkan kegembiraan kepada penyokongnya yang hadir di Riviera Country Club dengan atas terbaiknya dan catatan terendah yang pernah dilakukannya sejak Februari 2021 selepas terbabit dengan kemalangan kereta yang menyebabkan dia mengalami kecederaan para di kaki.

"Ini adalah yang terbaik yang pernah saya mainkan," kata Woods.

Eagle di par lima pertama - lubang ke-10nya antara yang terbaik bermula di fairway sebelum bola berhenti tiga kaki dari pin.

Ia adalah eagle ke-189 Woods dalam siri Jelajah PGA dan kesembilan di Riviera yang mana dia tidak pernah menang sepanjang 13 penampilannya sebelum ini.

"Hari ini lebih baik," kata Woods. "Saya rasa seperti saya membuat beberapa pelarasan yang bagus dengan meletakkan saya di kedudukan terbaik."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 12:28 PM