SEBASTIAN Coe. FOTO AFP
SEBASTIAN Coe. FOTO AFP
Reuters

Sydney: Olahraga Dunia akan melihat kembali isu pembabitan atlet Russia untuk bertanding ketika perang dan pencerobohan ke atas Ukraine masih berterusan.

Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe berkata penyertaan Russia hanya akan dikaji semula selepas negara itu bebas penyalahgunaan doping sebelum dibenarkan kembali beraksi.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berdepan kecaman selepas membuka pintu kepada atlet dari Russia dan sekutunya Belarus untuk bertanding di Olimpik tahun depan di Paris biarpun pencerobohan masih berterusan di Ukraine.

Persekutuan Olahraga Rusia (RAF) diharamkan menyertai olahraga sejak 2015 akibat doping yang berleluasa di negara itu, walaupun beberapa atlet dari Rusia dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik Musim Panas lalu sebagai atlet bebas.

Coe berkata isu doping akan menjadi agenda utama majlis pengelola yang akan bermesyuarat bulan depan untuk memutuskan sama ada RAF dapat kembali semula beraksi atau tidak.

"Majlis akan membincangkan pelan hala tuju sama ada akan membenarkan semula penyertaan mereka namun perbincangan akan lebih menjurus kepada integriti sukan melalui doping terlebih dahulu," kata Coe

"Selepas perbincangan itu, barulah kami akan beralih ke perbincangan seterusnya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2023 @ 12:05 PM