FURY (kanan) dan Jake akan bertarung di Arab Saudi bulan ini. FOTO Sportskeeda
FURY (kanan) dan Jake akan bertarung di Arab Saudi bulan ini. FOTO Sportskeeda
Agensi

London: Tommy Fury menjangkakan dia akan menang mudah ketika menentang Jake Paul dan memberi amaran kepada personaliti YouTube itu bahawa dia akan mencederakan lawannya itu dengan teruk.

Paul, 26, dan Fury, 23, bakal bertemu dalam pertarungan paling dinantikan di Arab Saudi bulan ini.

Kedua-dua musuh ketat itu sepatutnya berentap lebih awal tetapi berdepan pelbagai masalah dan kini ia menjadi kenyataan selepas kedua-dua kem mencapai keputusan muktamad.

Menjelang pertarungan di Riyadh pada 26 Februari, Fury melancarkan perang psikologi dengan memberi amaran kepada Jake yang dia akan menghantar jaguh Amerika Syarikat itu ke hospital.

"Mesej saya kepada Jake Paul ialah semoga berjaya. Jangan lupa berlatih dah saya harap anda menyimpan nombor telefon ambulan kerana anda pasti memerlukannya," kata Fury kepada TMZ Sports.

Fury berkata lagi: "Dalam masa tiga minggu lagi, saya mendapat peluang yang ditunggu. Saya akan sekolahkan lelaki ini. Dia pasti tewas awal dan tidak akan bertahan sehingga pusingan kelapan di dalam gelanggang bersama saya."

Pertarungan mereka sepatutnya berlangsung 25 Februari tetapi ditunda 26 Februari bagi memberi laluan kepada perlawanan pertunjukkan di antara Floyd Mayweather dengan bintang Geordie Shore, Aaron Chalmers.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 9:36 AM