KSI (kiri) baka berdepan dengan Tommy Oktober depan. FOTO Agensi
KSI (kiri) baka berdepan dengan Tommy Oktober depan. FOTO Agensi
Reuters

Manchester: Tommy Fury bersedia untuk menentang YouTuber, KSI dalam pertarungan di AO Arena di Manchester pada 14 Oktober, jelas kedua-dua kem pagi tadi.

Lembaga Tinju British tidak akan mengiktiraf perlawanan itu sebagai pertarungan tinju profesional, menurut BBC.

Tommy, adik tiri kepada juara heavyweight, Tyson Fury, tidak pernah tewas dalam sembilan pertarungan profesional, dengan empat daripada kemenangan itu dimenangi secara knockout.

"Apa yang perlu saya lakukan ialah membuatkan lawan saya ini terus 'tertidur'. Saya akan melakukannya dalam empat pusingan," kata Tommy, peserta rancangan realiti televisyen, Love Island sebelum ini.

Dalam perlawanan di Arab Saudi pada Februari lalu, Tommy memberikan Jake Paul kekalahan pertama dalam karier tinjunya yang sedang berkembang dengan memperoleh kemenangan hasil keputusan berbeza juri.

KSI, yang nama sebenarnya Olajide Olatunji, bertarung dalam beberapa perlawanan pertunjukkan, termasuk dua pertemuan dengan abang Jake, Logan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2023 @ 10:29 AM