TOMMY Fury meraikan kejayaan mengalahkan Paul. FOTO AFP
TOMMY Fury meraikan kejayaan mengalahkan Paul. FOTO AFP
Reuters

Riyadh: Jake Paul mengalami kekalahan pertama dalam karier tinju yang masih baru buatnya selepas ditumpaskan Tommy Fury di Diriyah Arena.

Bintang televisyen realiti Britain itu meraih keputusan split ke atas bintang media sosial Amerika Syarikat.

Disaksikan oleh personaliti terkenal seperti saudara tiri Fury dan juara kelas berat WBC semasa Tyson, bekas juara, Mike Tyson dan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, yang baru-baru menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr, kelemahan besar Paul dapat dilihat apabila Fury sentiasa menguasai pertarungan sepanjang lapan pusingan.

"Malam ini saya melakar legasi sendiri," kata Fury selepas akhirnya berjaya keluar dari bayang-bayang keluarganya yang terkenal dengan sukan tinju.

"Sepanjang dua tahun setengah ini, saya mempunyai impian, sasaran, dan tiada siapa yang mempercayai saya. Kini mereka boleh berdiri dan ambil perhatian," tambahnya.

Fury bermula dengan lebih baik tetapi Paul mula berpuas hati di pusingan ketiga apabila dia cuba menarik lawannya ke hadapan dan membalas dengan tumbukan tangan kanan.

"Saya menghormati Tommy, dia menang, jangan nilai saya dengan kemenangan saya, nilai saya dengan kekalahan saya.

"Saya akan kembali, saya fikir saya layak untuk perlawanan semula, ia adalah pertarungan yang hebat, pertarungan yang sengit," kata Paul ketika rekod tinjunya merosot daripada enam kemenangan kepada satu kekalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 12:38 PM