KEDUA-duanya akan bertemu di O2 Arena. FOTO Agensi
KEDUA-duanya akan bertemu di O2 Arena. FOTO Agensi
Agensi

London: Peminat tinju ditawarkan diskaun 20 peratus untuk tiket pertarungan membabitkan Floyd Mayweather serta Aaron Chalmers.

Itu selepas pihak penganjur bergelut untuk menjual tiket sebelum bermulanya bertarungan antara kedua-dua petinju itu.

Aksi yang berlangsung di O2 Arena itu mampu memuatkan sejumlah 20,000 kapasiti tempat duduk namun masih terdapat beribu-ribu tiket belum terjual.

Mayweather, 46, kini menumpukan kepada perlawanan pertunjukan selepas mengumumkan persaraan dengan rekod sempurna 50-0.

Chalmers yang bakal ditemui Mayweather pada asalnya adalah bintang realiti televisyen sebelum bertukar status kepada petarung MMA.

Bagaimanapun di sebalik latar belakang menarik kedua-dua petarung itu, ia masih belum dapat memikat hati orang ramai untuk hadir menyaksikan perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2023 @ 5:55 PM