Perenang Australia yang menyertai kejohanan baru-baru ini
Perenang Australia yang menyertai kejohanan baru-baru ini

Perth: Pasukan renang Australia mengambil keputusan akan menyertai Kejohanan Dunia di Doha tanpa kelibat perenang sensasi mereka Ariarne Titmus, Mollie O'Callaghan dan Kyle Chalmers.

Malah, perenang sensasi mereka Kaylee McKeown dan Emma McKeon juga terlepas untuk menyertai kejohanan pada Febuari tahun depan kerana perlu fokus kepada kejohanan lebih besar iaitu sukan Olimpik Paris.

Berdasarkan kepada senarai perenang Australia itu menyaksikan mereka akan menghantar 18 peserta dengan harapan diletakkan kepada Cameron McEvoy untuk kategori 50 meter lelaki gaya bebas dan perenang wanita gaya bebas Shayna Jack termasuklah kuartet yang pernah memecah rekod dunia sebelum ini.

Sebahagian daripada pasukan renang yang dihantar untuk menyertai kejohanan dunia ini antara watak penting yang membawa pulang 25 pingat pada penyertaan di Fukuoka, Jepun.

Perenang Australia Elijah Winnington yang juga juara dunia 2022 sudah pastinya akan menaiki podium dalam acara 400 meter gaya bebas manakala rakannya terdiri daripada Jenna Forrester, Abbey Harkin, dan Brianna Throssell berpeluang menimba pengalaman untuk penyertaan mereka pada kejohanan akan datang.

Pasukan renang Australia ketika ini mengharungi jadual yang cukup padat dalam usaha mempertingkatkan lagi keupayaan menjelang Olimpik Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 11:53 AM