GARDINER alami kecederaan kaki.
GARDINER alami kecederaan kaki.
AFP

Eugene, Amerika Syarikat: Juara dunia dan pemenang pingat emas 400 meter Olimpik, Steven Gardiner tidak akan mempertahankan gelarannya di Kejohanan Olahraga Dunia yang bermula Jumaat ini di Eugene, Oregon.

Dalam catatan di Instagram, jaguh Bahamas itu berkata kecederaan kakinya memaksa dia menarik diri daripada menyertai acara di Hayward Field.

"Satu lagi kejohanan dunia tetapi di sebalik memakai spike saya dinasihatkan memakai kasut khas susulan kecederaan 'UTE Tendon Inflammation'," menurut Gardiner.

"Malang sekali tiada Eugene '22 untuk saya! Berita yang mengecewakan tetapi saya bersyukur dengan apa yang saya capai setakat ini."

Gardiner menjuarai gelaran dunia 400 meter 2019 di Doha dengan catatan peribadi terbaik 43.48 saat dan meraih emas di Sukan Olimpik Tokyo dengan masa 43.85s, menyamai catatan terpantas tahun lalu

"Saya akan memandang ke hadapan dan mendapatkan rawatan sesuai untuk saya kembali 100%," kata Gardiner.

"Saya minta maaf tak dapat bertanding. Saya harap pesaing saya dalam keadaan sihat dan dapat melakukan yang terbaik."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 11:36 AM