GABBY pelari terpantas dunia dalam acara 200m. FOTO AFP
GABBY pelari terpantas dunia dalam acara 200m. FOTO AFP
AFP

Eugene, Amerika Syarikat: Bintang pecut Amerika yang semakin meningkat naik, Gabby Thomas mencatatkan masa terpantas dunia dalam acara 200 meter di kejohanan ujian di Oregon ketika Allyson Felix mara ke separuh akhir.

Lulusan Harvard, Gabby yang belajar untuk menjadi ahli epidemiologi menjadi pelari wanita pertama yang merekodkan cabaran di bawa 22 saat tahun ini selepas merekodkan 21.98s.

Gabby yang sudahpun mengesahkan tempat ke temasya Olimpik selepas menamatkan saingan di tempat kelima 100m Sabtu lalu, memberi amaran bahawa masih banyak yang boleh dikeluarkan.

"Saya tidak menjangkakan catatan itu tapi saya gembira dengannya. Ia satu yang luar biasa. Saya tahu saya sudah bekerja keras dan mempunyai pasukan yang hebat di samping saya.

"Saya sangat terkejut. Saya memperlahankan larian di pengakhiran. Saya saya masih ada lagi kekuatan."

Gabby sebelum ini diletakkan sebagai pilihan untuk meraih emas dalam acara 200m di Eugene dan tugas itu lebih mudah apabila juara 100m Sha'Carri Richardson menarik diri daripada acara itu minggu ini.

Ketika Gabby melakarkan impak, bintang veteran AS Felix pula tampil kurang meyakinkan.

Felix yang juga juara Olimpik 2021 dalam acara 200m yang turut mengesahkan tempat ke Tokyo selepas menduduki tempat kedua 400m, berkata dia merancang untuk 'berseronok' dalam acara 200m minggu ini.

Pemenang enam kali emas Olimpik itu menamatkan larian di tempat ketiga pada saringan dengan catatan 22.56sec namun tidak cukup untuk melayakkannya ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 1:05 PM