SEBAHAGIAN peserta kayuhan bersama ahli keluarga masing-masing.
SEBAHAGIAN peserta kayuhan bersama ahli keluarga masing-masing.

Johor Bahru: Kelab basikal The Lipatist menganjurkan program kayuhan bersama keluarga membabitkan 160 penyertaan dalam kalangan warga Johor termasuk kelab basikal Kami Budak Lipat dari Kuala Lumpur, 18 Jun lalu.

Menariknya, semua peserta mengenakan pakaian seragam bertemakan Superheroes.

Aktiviti kayuhan basikal itu bermula di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan berakhir di Komtar JBCC dengan jarak perjalanan kira-kira 8 kilometer (km).

GELAGAT peserta kayuhan memakai kostum Superheroes.
GELAGAT peserta kayuhan memakai kostum Superheroes.

Peserta hadir dengan pelbagai kostum menarik seperti Batman, Superman, Harley Quinn, Catwoman dan pelbagai lagi bagi memberikan sokongan untuk aktiviti kayuhan itu sambil membawa keluarga masing-masing.

Sebelum ini, The Lipatist pernah menganjurkan aktiviti kayuhan dengan tema Rock Star, Hantu, Baju Raya dan pelbagai lagi.

Aktiviti ini adalah usaha penganjur program, Zaid Abu Bakar selaku presiden kelab agar masyarakat sekitar mendapat nafas baru kepada aktiviti berbasikal yang bukan sahaja untuk beriadah demi kesihatan, malah mampu menjadi satu kenangan manis bersama keluarga.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti semasa dan terkini boleh layari Facebook TheLipatist.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 7:27 PM