HURKACZ (kanan) berjaya muncul juara di Terbuka Halle. FOTO Reuters
HURKACZ (kanan) berjaya muncul juara di Terbuka Halle. FOTO Reuters
Reuters

Halle: Pemain tenis kelahiran Poland, Hubert Hurkacz melaungkan amaran awal sebelum saingan Wimbledon apabila menumbangkan pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev 6-1, 6-4 dalam perlawanan akhir Terbuka Halle sebentar tadi.

Pemain nombor 12 dunia itu sebelum ini mengalahkan Medvedev dan Roger Federer ketika mara ke separuh akhir Wimbledon tahun lalu.

Kali ini dia membuktikan sekali lagi harus diberi perhatian menjelang kejohanan itu yang bakal bermula 27 Jun ini.

Terbuka Halle adalah kejuaraan kali kelima buat pemain berusia 25 tahun itu dan mengekalkan rekod bersih di perlawanan akhir dengan mencatat kejayaan dalam aksi selama sejam selepas meraih mata akhir melalui pukulan kilas.

Ia berbeza dengan buat Medvedev apabila tumpas buat kali kelima berturut-turut dalam perlawanan akhir sejak dia mengalahkan Novak Djokovic bagi meraih Grand Slam sulung di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2022 @ 12:03 AM