ATLET negara memperagakan pakaian rasmi kontijen Malaysia 2022 selepas pelancarannya di Wisma MOM. FOTO OWEE AH CHUN
ATLET negara memperagakan pakaian rasmi kontijen Malaysia 2022 selepas pelancarannya di Wisma MOM. FOTO OWEE AH CHUN
Syazwan Msar


Kua Lumpur: Reka bentuk pakaian kontinjen negara ke Sukan Sea Hanoi di Vietnam mendapat sentuhan baharu apabila elemen atau corak Belang Harimau digunakan sebagai simbolik ketangkasan dan kekuatan si 'Pak belang'.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pakaian rasmi berkenaan dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum diperkenalkan kepada umum.

Beliau berkata, pakaian baharu itu turut akan digunakan oleh kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham (28 Julai-8 Ogos) dan Sukan Asia Hangzhou (10-25 September).

"Kita beranggapan dengan cabaran yang dihadapi pada masa depan dan juga selepas mengharungi pandemik Covid-19 dengan pakaian baharu ini memberi semangat kepada atlet untuk mewakili negara.

"Pilihan Belang Harimau kerana kita sedia maklum haiwan berkenaan sinonim dengan negara kita dan berharap atlet tampil lebih garang dan hebat kelak," katanya.

Selain daripada tiga temasya utama berkenaan, wakil negara ke sukan Perpaduan Islam Kali Ke-5 di Konya, Turki dan sukan Asia Remaja Kali Ke-3 di Shantou, China turut akan memakai pakaian baharu terbabit.

Corak atau warna Belang Harimau pertama kali telah digunakan oleh kontinjen Malaysia di Sukan Sea Ke-23 di Manila pada tahun 2005.

Sejak daripada itu elemen terbabit melalui beberapa fasa evolusi dan hari ini MOM memperkenalkan reka bentuk terkini untuk kegunaan kontinjen pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 9:53 PM