ELAINE catat masa terpantas dunia dalam acara 100m. -FOTO AFP
ELAINE catat masa terpantas dunia dalam acara 100m. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Pemenang pingat emas Olimpik dua kali Elaine Thompson-Herah dari Jamaica merekod catatan masa terpantas di dunia dalam acara 100 meter (m) selepas mencatatkan 10.89 saat di Kejohanan Golden Games di Walnut, California.

Elaine berlari dalam acara 100m di balapan terbuka yang pertama musim ini memenangi saingan separuh akhir di timur Los Angeles itu dengan angin yang bertiup sekitar 1.6 meter sesaat.

Bagaimanapun dia memilih untuk tidak berlari di acara akhir yang menyaksikan acara itu dimenangi pelari Amerika, Twanisha Terry yang mencatatkan 10.77sec dengan bantuan angin.

Dua lagi pelari Amerika, Aleia Hobbs dan Gabby Thomas masing-masing di tempat keduadan ketiga dengan kelajuan angin 3.3 m/saat.

Sementara itu Gabby yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik dalam acara 200m mencatatkan masa terpantas musim ini dalam acara itu dengan catatan 22.02 s di hadapan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2019 Brittany Brown.

Fred Kerley, pemenang pingat perak dalam acara 100m lelaki di Olimpik Tokyo meraih emas dalam acara 200m dengan catatan 19.80s mengatasi rakan senegara dari Amerika Michael Norman (19.83).

Manakala juara dunia dalam 100m, Christian Coleman yang kembali beraksi dalam pertandingan musim ini selepas digantung 18 bulan kerana kesalahan menggunakan bahan terlarang mengumumkan untuk beraksi dalam acara 200m namun tidak menyertainya.

Micah Williams dinobatkan juara 100m dengan catatan 9.83s dengan bantuan angin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 12:42 PM