TORI ketika beraksi di Olimpik Rio 2016. FOTO AFP
TORI ketika beraksi di Olimpik Rio 2016. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Tori Bowie, pemenang pingat perak 100 meter (m) temasya Olimpik Rio 2016 dan juara dunia 2017 meninggal dunia pada usia 32 tahun.

Perkara itu di sahkan Persekutuan Olahraga Padang Balapan Amerika Syarikat dan syarikat pengurusannya.

Tori yang turut memenangi gangsa dan emas 200m Olimpik dalam acara 4x100m di Sukan Rio, ditemui mati di rumahnya oleh polis pada Selasa lalu.

"USATF amat berdukacita dengan pemergian Tori Bowie, pemenang pingat Olimpik tiga kali dan juara dunia dua kali.

"Seorang atlet yang berbakat, impaknya terhadap sukan ini tidak terkira dan dia akan sangat dirindui," kata Ketua Eksekutif Persekutuan, Max Siegel, dalam satu kenyataan.

"Kami sangat sedih untuk berkongsi berita yang sangat menyedihkan ini. Kami kehilangan pelanggan, kawan, anak perempuan dan adik perempuan yang dikasihi," tweet syarikat pengurusannya.

Punca kematiannya bagaimanapun masih tidak diketahui. Pejabat Sheriff di Orange County, Florida, berkata timbalan menteri menemui wanita itu "yang dikenal pasti sebagai Frentorish 'Tori' Bowie" mati di sebuah rumah ketika menjalankan pemeriksaan.

Bowie yang dibesarkan oleh neneknya di Mississippi, beralih daripada acara lompat jauh pada 2014 sebelum menjadi wanita terpantas di dunia pada tahun sama.

Dua tahun kemudian di Rio, dia berjaya menghalang Jamaica daripada membolot kesemua pingat acara 100m apabila menamatkan larian di tempat kedua di belakang Elaine Thompson dengan catatan 10.83 saat (s) manakala Shelly-Ann Fraser-Pryce di tempat ketiga.

Bowie juga menamatkan acara 200m di tempat ketiga dan mengetuai kuartet pecut AS di Rio. Dia kemudian memenangi gelaran juara dunia 100m di London pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2023 @ 12:12 PM