JAKE Paul mahu mengatur pertemuan antara Smith dan Rock. FOTO Agensi
JAKE Paul mahu mengatur pertemuan antara Smith dan Rock. FOTO Agensi
Reuters

Los Angeles: Promoter tinju, Jake Paul menawarkan Will Smith dan Chris Rock AS$15 juta (RM63.3 juta) setiap seorang untuk bertarung di dalam gelanggang dan menyelesaikan perselisihan antara mereka selepas Smith menampar Rock semasa majlis Anugerah Oscar, semalam.

Smith melangkah ke atas pentas semasa majlis yang disiarkan di televisyen itu sebelum menampar muka pelawak itu yang membuat jenaka keterlaluan ke atas penampilan isteri Smith.

"Saya ada $15 juta untuk Will Smith dan $15 juta untuk Chris Rock. Ayuh lakukannya Ogos ini.

"Seseorang tolong hubungkan saya dengan wakil Will Smith di telefon secepat mungkin," katanya di Twitter.

Rock enggan mendakwa Smith, yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik beberapa minit selepas kejadian itu dan dalam ucapannya tidak meminta maaf kepada Rock.

Perlawanan tinju membabitkan selebriti menjadi trend sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menyumbang kepada peningkatan populariti individu seperti Paul dan abangnya, Logan yang menjadi terkenal di internet sebelum mereka beralih ke dunia tinju.

Walaupun idea berkenaan menarik, kemungkinan pergaduhan membabitkan Smith dan Rock sudah berlaku sejak sekian lama, menurut TMZ.

Kedua-duanya sudah mengumpul kekayaan dalam kerjaya yang panjang dan Smith, yang memainkan watak petinju legenda, Muhammad Ali dalam filem biopik 2001 'Ali', akan mempunyai kelebihan berbanding Rock apabila membandingkan dengan umur, ketinggian dan berat badan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2022 @ 9:50 AM