WILL SMITH
WILL SMITH
Agensi

Los Angeles: Walaupun masih terpalit kontroversi di Oscars, Will Smith, 54, tetap terus mendapat pengiktirafan apabila memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di BET Awards 2022, semalam.

Berlangsung di Micorosoft Theather, di sini, Smith merangkul trofi terbabit untuk persembahan cemerlangnya dalam filem King Richard.

Bagaimanapun, Smith tidak hadir di acara itu.

Smith menewaskan calon hebat lain dalam kategori itu seperti Adrian Holmes dan Jabari Banks untuk filem Bel Air, Anthony Anderson (Blackish), Damson Idris (Snowfall), Denzel Washington (The Tragedy of Macbeth), Forest Whitaker (The Godfather of Harlem), dan Sterling K Brown (This Is Us).

Terdahulu, Smith turut unggul memenangi Anugerah BAFTA , Golden Globe, SAG, Critics Choice the Oscar dan NAACP Image Award untuk filem terbabit.

Dalam filem itu, dia melakonkan watak bapa kepada legenda tenis dunia, Serena dan Venus Williams.

Bagaimanapun, Smith memutuskan untuk tidak menonjolkan diri selepas insiden dia menampar Chris Rock di Oscars awal tahun ini.

Disebabkan insiden itu juga, Oscars mengambil tindakan untuk melarangnya terbabit dengan sebarang aktiviti organisasi berkenaan selama 10 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 12:04 PM