NORRIE mara ke final Terbuka San Diego. -FOTO AFP
NORRIE mara ke final Terbuka San Diego. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Pemain Britain, Cameron Norrie berjaya menewaskan pemain kelima dunia, Andrey Rublev 3-6, 6-3, 6-4 untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka San Diego.

Norrie yang merangkul gelaran jelajah ATP yang pertama di Los Cabos, Mexico Julai lalu, melepaskan set pertama dalam tempoh 35 minit namun berjaya menyelamatkan tiga mata break pada permainan ketiga set kedua untuk mula menguasai permainan.

Dia yang menghuni ranking ke-28 dunia memaksa Ruble melakukan kesalahan untuk menang di set kedua.

"Pujian perlu diberikan kepada Andrey kerana dia sudah beraksi dengan baik. Dia mempamerkan aksi bertenaga sejak permulaan dan saya berjaya mengatasi keadaan cuaca ribut di set kedua untuk menang.

"Ini satu kemenangan yang besar bagi saya. Sudah semestinya perlawanan yang akan saya ingat untuk satu tempoh yang lama.

Norrie menyelamatkan sembilan mata break untuk mara ke final kelima ATP tahun ini.

Pemain itu akan berdepan pilihan kedua, Casper Ruud dari Norway di pentas akhir. Ruud menewaskan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov dalam pertarungan tiga set 6-4, 4-6, 6-4 di separuh akhir.

"Saya hanya mahu menikmati perlawanan hari ini dan kemudiannya saya akan berehat dan bersiap untuk yang seterusnya," kata Cameron.

"Saya menyaksikan kedua-dia mereka minggu ini dan mereka mempamerkan aksi peringkat tertinggi. Saya tak sabar menanti esok."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 1:03 PM