NORRIE mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan dua pemain tuan rumah di Terbuka Perancis. -FOTO AFP
NORRIE mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan dua pemain tuan rumah di Terbuka Perancis. -FOTO AFP
AFP

Paris: Pemain tenis, Cameron Norrie dan Lucas Pouille menggesa agar video tayangan semula diperkenalkan pada Terbuka Perancis selepas berlaku pertikaian mengenai bola yang melantun dua kali.

Norrie memukul bola selepas ia kelihatan melantun dua kali untuk memenangi mata awal di set ketiga dalam pertembungan pusingan kedua.

Pilihan ke-14 itu kemudiannya mendahului 3-1 selepas menang 6-1, 6-3, 6-3 ke atas Pouille yang berada di ranking ke-675 yang juga bekas pemain 10 terbaik dunia.

"Bagi saya bola itu melantun dua kali tetapi anda tidak boleh mengubahnya.

"Jika pengadil membuat kesilapan, dia membuat kesilapan.

"Saya rasa hari ini kita mempunyai begitu banyak peluang untuk menyemak sama ada ia melantun dua kali atau tidak. Ia lebih mudah dengan video. Anda menunjukkannya pada skrin dan anda dapat melihat terus sama ada ia melantun atau tidak kerana nampaknya mereka hanya menunjukkannya di TV, " kata Pouille.

Tanpa teknologi semakan ulang tayang, keputusan terakhir terletak pada pengadil Eva Asderaki-Moore yang tidak mengisytiharkan terdapat lantunan berganda.

Norrie diejek oleh penyokong tuan rumah Perancis setelah kedua-dua insiden itu dan kerana berjaya menumbangkan dua pemain tuan rumah berturut-turut pada kejohanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 10:59 AM