NADAL tewas kepada Norrie. -FOTO AFP
NADAL tewas kepada Norrie. -FOTO AFP
Agensi

London: Rafael Nadal menolak untuk menjawab mengenai persaraan selepas tewas kepada Cameron Norrie dalam aksi Piala United dengan berkata dia "di sini untuk terus bermain tenis."

Menyertai kejohanan itu sebagai persiapan Terbuka Australia pertengahan bulan ini, pemenang grand slam 22 kali itu tewas kepada Norrie 3-6 6-3 6-4 ketika Great Britain mendahului 2-0 ke atas Sepanyol.

Norrie tidak memenangi satu set pun menentang Nadal dalam empat perlawanan mereka sebelum ini, dan pemain berusia 36 tahun itu ditanya selepas itu berapa lama lagi dia merancang untuk meneruskannya kariernya.

"Setiap kali saya hadir ke sidang media saya nampaknya perlu bersara," kata Nadal. "Anda nampaknya sangat berminat dengan persaraan saya.

"Jangan bimbang, buat masa ini itu tidak berlaku. Apabila harinya tiba saya akan memberitahu anda.

"Tapi jangan bercakap mengenai persaraan kerana saya di sini untuk terus bermain tenis."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 12:26 PM