Acara London Maraton 2020 kurang meriah tanpa kehadiran penonton. FOTO Agensi
Acara London Maraton 2020 kurang meriah tanpa kehadiran penonton. FOTO Agensi
Agensi

London: Acara London Maraton 2022 akan berlangsung pada 2 Oktober ketika ia dipindahkan dari tarikh awal iaitu April buat tahun ketiga berturut-turut.

Pengarah kejohanan, Hugh Brasher mengesahkan perlumbaan itu dianjakkan tarikh bagi memberi peluang terbaik untuk kehadiran ramai termasuk peminat sukan.

Shura Kitata memenangi perlumbaan elit lelaki pada 2020, sementara Brigid Kosgei mempertahankan kejuaraan kategori wanita, tetapi tiada penonton atau acara sampingan diadakan berikutan kekangan pandemik Covid-19.

"London Maraton adalah acara luar biasa dan sambutan unik buat seluruh keluarga menyertainya bersama," kata Brasher.

"Kami percaya dengan menganjakkan tarikh acara pada Oktober 2022 dapat memberi peluang terbaik untuk mengalu-alukan kehadiran dunia ke sekitar jalan raya di London."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Ogos 2021 @ 3:11 PM