Degitu Azimeraw terlepas saingan Maraton London. FOTO Agensi
Degitu Azimeraw terlepas saingan Maraton London. FOTO Agensi
Agensi

Britain: Degitu Azimeraw dan jurulatih, Haji Adillo Roba kedua-duanya diuji positif Covid-19 dan tidak menaiki pesawat dari negara mereka, Habsyah yang disewa khas untuk menyertai acara Maraton London hujung minggu ini, perkara itu disahkan Pengarah Perlumbaan, Hugh Brasher.

Degitu, 21, bekas pemenang kategori wanita di Maraton Amsterdam.

Rakan senegaranya, Shura Kitata dan Alemu Megertu dilatih oleh Adillo tetapi tidak mempunyai kontak rapat bersamanya dan terbang ke United Kingdom selepas diuji negatif.

Acara Maraton London ke-40 dijadualkan berlangsung Ahad ini.

Tahun ini perlumbaan berlangsung lewat dari kebiasaannya kerana kekangan pandemik Covid-19 dan terhad kepada atlet elite tertentu dengan syarat ketat.

Bagi 45,000 pelari bukan elit dari seluruh dunia, diadakan Maraton London secara virtual 24 jam serentak dengan perlumbaan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 3:14 PM