JAGUH Hungary, Aron Szilagyi menang pingat emas ketiga berturut-turut di Sukan Olimpik dalam acara lawan pedang kategori sabre individu lelaki di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
JAGUH Hungary, Aron Szilagyi menang pingat emas ketiga berturut-turut di Sukan Olimpik dalam acara lawan pedang kategori sabre individu lelaki di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Peserta Hungary, Aron Szilagyi mencipta sejarah dalam pertarungan lawan pedang Sukan Olimpik apabila menang pingat emas kategori sabre buat kali ketiga berturut-turut di Tokyo 2020, hari ini.

Atlet berusia 31 tahun itu menewaskan pencabar dari Itali, Luigi Samele, 15-7 di final dan menjadi peserta lelaki pertama menang tiga pingat emas Olimpik bagi acara individu sukan itu.

Szilagyi yang dikenali sebagai seorang sederhana dan merendah diri, menambah koleksi di Tokyo 2020 selepas menang emas di London 2012 serta Rio 2016, mengakui dia terkejut dengan pencapaiannya itu.

"Mula-mula saya tidak percaya dengan pencapaian sendiri, ia tidak berlaku, ia hanya mimpi.

"Saya masih merasa begitu sehingga sekarang, mungkin saya perlukan masa beberapa minggu atau bulan untuk percaya dengan apa yang berlaku di sini."

Dia menewaskan peserta Iran, Ali Pakdaman 15-6 di suku akhir dan bertemu peserta Georgia, Sandro Bazadze di separuh akhir.

Bazadze sebelum ini mengejutkan jaguh dunia dari Korea Selatan, Oh Sang-uk, yang dikenali sebagai 'Monster' kerana susuk tubuhnya yang tinggi, di suku akhir.

Szilagyi yang dilahirkan di Budapest dan menceburi lawan pedang sejak berusia sembilan tahun berdepan cabaran sengit Bazadze sebelum menang 15-13 di separuh akhir.

Selepas tewas, Bazadze dilihat tidak puas hati dengan pengadil dan meludah ke lantai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 10:49 PM