Atlet Sepanyol, Sandra Jaime Sanchez. FOTO EPA
Atlet Sepanyol, Sandra Jaime Sanchez. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Jaguh Sepanyol, Sandra Sanchez Jaime memenangi pingat emas buat julung kali dalam acara karate di Sukan Olimpik Tokyo, hari ini.

Dia memastikan namanya berada dalam buku sejarah sukan itu dengan menewaskan wakil Jepun, Kiyou Shimizu dalam kategori kata wanita akhir.

Karate disenaraikan buat pertama kali dalam program Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang tertangguh kerana pandemik Covid-19 tetapi tidak disenaraikan pada temasya Paris 2024.

Sandra, 39, mengesahkan gelaran bersejarah itu apabila memungut mata tertinggi mengatasi atlet pilihan tuan rumah, Kiyou selepas kedua-dua mencatat keputusan seri 19.60 pungutan mata secara teknikal.

Juara dunia 2018 memberi maklum balas selepas ketua juri tampil dari tempat duduk sehingga ke tengah-tengah dua finalis berkenaan, kemudian mengangkat tangan kanan menandakan kemenangan kepada Sandra yang kegembiraan selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara itu.

Karate dibahagikan kepada dua disiplin: kata, di mana atlet menampilkan gerakan untuk dinilai oleh juri dan kumite yang membabitkan pertarungan antara dua peserta yang memperoleh mata menerusi pukulan dalam pertempuran selama tiga minit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 10:25 PM