SEORANG penonton (kiri) yang menyebabkan Martin terjatuh. FOTO Agensi
SEORANG penonton (kiri) yang menyebabkan Martin terjatuh. FOTO Agensi
AFP

Landerneau: Angkara penonton di tepi jalan yang mahu aksi mereka dirakam di siaran televisyen mengakibatkan pelumba Tour de France (TdF) terjatuh beramai-ramai di perlumbaan peringkat pertama.

Ketika 45 kilometer sebelum melintasi garisan penamat peringkat pertama dari Brest menuju ke Landerneau, seorang penonton yang memegang sepanduk menyebabkan pelumba Jerman, Tony Martin terjatuh.

Martin ketika itu berada berdekatan dengan barisan depan peloton dan berada di bahagian sisi hampir dengan penonton yang teruja di tepi jalan.

Pelumba Jumbo itu terjatuh, menyebabkan sebilangan besar lagi pelumba lain di belakangnya turut terjatuh.

Kemalangan itu menyebabkan perlumbaan terhenti selama lima minit tatkala basikal dan pelumba berselerakan di atas jalan raya.

Pendahulu perlumbaan memperlahankan rentak kayuhan bagi membolehkan peloton untuk kembali mengejar dan walaupun membabitkan kemalangan besar hanya seorang pelumba dilaporkan terpaksa menarik diri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 11:15 PM