BEBERAPA kemalangan berlaku pada peringkat pertama, kedua dan ketiga perlumbaan Tour de France. FOTO EPA
BEBERAPA kemalangan berlaku pada peringkat pertama, kedua dan ketiga perlumbaan Tour de France. FOTO EPA
AFP

Brest: Peminat yang menyebabkan kemalangan sehingga ramai pelumba terjatuh pada hari pertama perlumbaan Tour de France (TdF) sudah ditahan, kata sumber terdekat kepada pasukan siasatan, hari ini.

"Wanita itu sudah dikenalpasti dan dia ditahan untuk beberapa minit," kata sumber memberitahu AFP selepas pendakwa raya negeri di Brest di Normandy, Camille Miansoni, berkata: "Seorang suspek kini ditahan'.

Sabtu lalu, seorang wanita yang memegang papan tanda di tepi jalan antara Brest dan Landerneau menyebabkan pelumba Jerman, Tony Martin terjatuh sebelum berpuluh lagi pelumba lain di belakangnya terjatuh.

Kemalangan itu menyebabkan perlumbaan dihentikan selama lima minit apabila basikal dan pelumba bergelimpangan.

Kemalangan besar itu serta beberapa siri lagi kemalangan pada peringkat kedua dan ketiga perlumbaan menaikkan kemarahan pasukan bertanding dan menyebabkan pelumba melakukan protes dalam pelaton, di peringkat keempat, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 11:53 PM