ZULFAHMI gagal mengawal jenteranya sebelum terjatuh.
ZULFAHMI gagal mengawal jenteranya sebelum terjatuh.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Litar Misano gagal membawa tuah diharapkan buat pelumba Supersport negara Zulfahmi Khairuddin (gambar) apabila pelumba Orelac Racing Team itu gagal menamatkan perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) kelmarin selepas terjatuh.

Mengharapkan kebangkitan semula di litar yang amat digemarinya itu selepas sekadar menduduki tangga ke-20 pada perlumbaan terakhir di Doningtan Park, segala-galanya seakan tidak menjadi untuk pelumba berusia 24 tahun itu.

Bermula di petak ke-29, Zulfahmi terpaksa bekerja keras untuk memperoleh kedudukan lebih baik dan dia berjaya melakukannya apabila berada di kedudukan ke-15 selepas 11 pusingan.

Ketika cuba merebut kedudukan ke-14, Zulfahmi gagal mengawal jenteranya sebelum terjatuh.

“Pada awal perlumbaan lagi, saya berasa tidak selesa apabila cermin topi keledar terkena sisa minyak pelumba lain di barisan depan kerana mengehadkan pandangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 8:01 AM