MILAN puas selepas melintasi garisan penamat terlebih dahulu. FOTO Reuters
MILAN puas selepas melintasi garisan penamat terlebih dahulu. FOTO Reuters
AFP

San Salvo: Pelumba Itali, Jonathan Milan yang mewakili, Bahrain Victorious meraikan kejayaan dengan luar biasa selepas dia menang peringkat kedua Giro d'Italia dalam penamat beramai-ramai.

Kemalangan berkelajuan tinggi juga turut berlaku menyebabkan pelumba terjatuh dan mengenai penonton di tepi jalan.

Pelumba Australia, Kaden Groves mendahului pada awal pecutan namun Milan berada pada tahap terbaik untuk meluru melintasi garisan penamat tatkala David Dekker menyelinap untuk tempat kedua.

"Ia memang luar biasa, ini adalah perlumbaan Giro pertama saya dan peringkat kedua, jadi ia memang lur biasa, saya tidak pernah terbayang untuk pencapaian ini," kata pelumba berusia 22 tahun itu

Remco Evenepoel mengekalkan jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan selepas tiba dengan selamat dalam peloton.

"Saya berada di hadapan apabila kemalangan itu berlaku, saya melihatnya, itulah perlumbaan, kami melarikan diri dengan baik hari ini," kata pelumba Belgium itu.

"Saya sangat gembira untuk naik semula ke podium untuk jersi merah jambu sekali lagi, saya tidak dapat memberitahu anda betapa ia bermakna kepada saya."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2023 @ 12:26 PM