PELUMBA Perancis, Julian Alaphilippe menang peringkat pertama Tour de France dan merangkul jersi kuning, hari ini. FOTO EPA
PELUMBA Perancis, Julian Alaphilippe menang peringkat pertama Tour de France dan merangkul jersi kuning, hari ini. FOTO EPA
AFP

Landerneau: Pelumba Perancis, Julian Alaphilippe bangkit selepas terjatuh untuk memiliki jersi kuning pertama lumba basikal Tour de France, hari ini, apabila memenangi peringkat pertama perlumbaan dicemari kemalangan menyebabkan ramai pelumba terjatuh.

Juara dunia, Alaphilippe yang juga pelumba pilihan sebelum perlumbaan berikutan pendakian di peringkat akhir dan dia mengutip bonus 10 saat di garisan penamat dan 12 saat lagi di depan saingan terdekat.

"Saya berada pada kedudukan terbaik di bawah bukit terakhir dan saya bergerak meninggalkan pakar pecut yang mahu menang dan melihat siapa lagi yang tinggal," kata Alaphilippe.

"Kami sudah merancang perkara itu dan saya memikirkannya sejak tiba di Brittany."

Pelumba Australia, Michael Matthews menduduki tempat ketiga selepas ketinggalan 16 saat manakala pelumba Slovenia, Primoz Roglic menduduki tempat ketiga dan sama posisi dalam kedudukan keseluruhan iaitu ketinggalan 20 saat di belakang pendahulu.

Sambil melintasi garisan penamat dengan jersi pelangi selaku juara dunia, Alaphilippe meletakkan ibu jari ke dalam mulut sebagai menghargai bayi lelakinya yang baru dilahirkan Marion Rousse, bekas pelumba profesional yang kini menjadi pengulas sukan.

Ditanya sama ada dia akan memberikan singa mainan yang dimenangi di peringkat itu kepada anak lelakinya, Alaphilippe ketawa sambil berkata: "Dia mahukan mainan lain, tetapi jika saya meninggalkan bayi baru dilahirkan di rumah untuk datang ke Tour ini, sudah pasti kemenangan ini memberi jawapan terbaik."

Perlumbaan itu dicemari dua kemalangan besar iaitu kemalangan pertama disebabkan penonton yang membawa kain pemidang manakala insiden kedua kerana masalah teknikal ketika pelumba berkayuh pada kelajuan tinggi di cerun terakhir.

Jersi kuning bukanlah asing bagi Alaphilippe yang menghabiskan sebahagian besar perlumbaan pada 2019 sebagai pendahulu, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 1:04 AM