Venus (kiri) dan Murray diberikan wildcard dalam penyertaan di Wimbledon. FOTO Agensi
Venus (kiri) dan Murray diberikan wildcard dalam penyertaan di Wimbledon. FOTO Agensi
AFP

London: Andy Murray dan Venus Williams di mana gabungan kedua-duanya memenangi tujuh kejuaraan perseorangan Wimbledon diberikan penyertaan secara wildcard bagi kejohanan tahun ini.

Pemain Britain, Murray menang kejuaraan kedua Wimbledon pada 2016 tapi berikutan masalah kecederaan dia berada di ranking 124, di mana terkeluar daripada kelompok kelayakan secara automatik.

Pemain berusia 34 tahun itu menyingkirkan pemain Perancis, Benoit Paire di Queen's semalam pada perlawanan perseorangan pertamanya sejak Mac lalu.

Juara lima kali, Venus, 40, pula akan bertanding dalam penyertaan Grand Slam ke-90 dan berada di ranking 103 dunia.

Kempen Terbuka Perancis tersekat lebih awal apabila dia tewas di pusingan pertama ke atas pemain Russia, Ekaterina Alexandrova.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 10:00 PM